e-Daftar Kokurikulum Tahun 2017

Bahagian  Kokurikulum St.John's Institution di bawah pimpinan En Yusni bin Yusuf  (PK-Kokurikulum)  telah melonjak ke fasa baru pengurusan Kokurikulum dengan mengadakan pendaftaran Kokurikulum murid secara atas talian dengan menggunakan sistem e-Daftar Kokurikulum.Pendaftaran ini berjalan dengan lancar di bawah kendalian Unit ICT SJI diketuai oleh Penyelaras ICT, Puan Wong Siew Fong bersama guru-guru ICT lain yang terlibat. Pendaftaran E-Daftar Kokurikulum ini juga dibantu oleh Penyelia-penyelia Tingkatan yang terlibat. Pendaftaran yang bermula pada 5 Januari ini berlangsung selama 2 hari berturut-turut berjaya mendaftarkan serama 820 orang murid pada hari pertama. Proses  pendaftaran bersambung keesokan harinya bagi melengkapkan keseluruhan baki murid.Penaftaran Kokurikulum secara atas talian memudahkan pengurusan rekod murid dengan mewujudkan sistem pengurusan rekod yang lebih sistematik.

 

                

Mata Pelajaran Asas Sains Komputer Memupuk Kemahiran ICT Murid

Bermula sesi pembelajaran Tahun 2017, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan mata pelajaran baru Asas Sains Komputer sebagai mata pelajaran pilihan bagi murid-murid Tingkatan 1. St.John's Institution tidak ketinggalan menawarkan ASK mata pelajaran baru  ini kepada murid-murid sebagai pilihan (mata pelajaran elektif) dengan menyediakan 2 kelas Tingkatan 1 yang mempunyak pakej tersebut.  

     Kurikulum ASK menengah rendah memberi fokus ke arah menyediakan murid yang berfikiran komputasional. Kerangka kurikulum ASK dibina berasaskan kesepaduan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui empat (4) Bidang Pembelajaran yang digubal iaitu Konsep Asas Pemikiran Komputasional, Perwakilan Data, Algoritma dan Kod Arahan. Bidang (Kurikulum Standard Sekolah Menengah-Asas Sains Komputer) 

Pembelajaran ini menghasilkan murid berfikiran komputasional yang mampu menyelesaikan masalah, mereka bentuk sistem serta memahami tingkah laku manusia yang merupakan prinsip asas sains komputer seperti yang diterangkan pada Rajah 2. Pemikiran komputasional ialah kebolehan untuk memahami dan mengaplikasi prinsip asas sains komputer. Melalui pemikiran komputasional, kaedah penyelesaian masalah diterjemah dalam bentuk yang boleh dilaksanakan dengan berkesan menggunakan penyelesaian berteraskan komputer. 

Kelebihan Di St.John's Institution adalah dari segi kepakaran guru-guru yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ICT serta kelengkapan makmal komputer yang terbaik sebagai sokongan pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah menggalakkan  murid=murid  yang berkelayakan untuk memilih subjek ASK sebagai subjek pilihan masing-masing  

More Articles ...