Latihan Dalam Perkhidmatan Guru : Pembelajaran Abad Ke-21

Unit Kurikulum, St.John Insititution Kuala Lumpur telah berjaya menganjurkan satu bengkel akademik yang bertajuk PEMBELAJARAN ABAD KE-21 dibawah Latihan Dalam Perkhidmatan(LADAP) guru. Bengkel ini telah diadakan pada 07 Januari 2017 (Sabtu) di bawah kelolaan Jawatankuasa Penyelidikan Dan Latihan Dalam Perkhidmatan  yang diketuai oleh Puan Noor Sham binti Abdul Hamit manakala penyelarasnya pula ialah Puan Khairul Bariah binti Abdullah.

Objjektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru tentang kaedah pembelajaraan dan pemudahcaraan alaf baru yang menarik dan berfokuskan murid. Dalam hal ini, guru-guru didedahken dengan Kemahiran Pedagogi serta pembelajaran  Abad Ke-21 agar dapat diaplikasikan di dalam bilik darjar. Pembudayaan Pembelajaran Abad Ke-21 ini diharap dapat mencapai matlamat Pelan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi  dan pembelajaran berpsatkan murid. 

Bagi menjayakan bengkel ini, pihak sekolah telah menjemput Encik Mohd Asri bin Mansur sebagai penceramah jemputan. Beliau merupakan Pegawai SISC+ Bahasa Melayu (Menengah) dit Pejabat Pendidikan Daerah Wilah Pudu/Bangsar yang juga merupakan seorang Guru Cemerlang. Pelbagai ilmu yang bermanfaat telah dikongsi bersama guru-guru di dalam bengkel tersebut. Pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan guru telah diadakan sepanjang 6 jam bengkel berlangsung.

Begkel Pembelajaran Abad Ke-21 berlangsung dengan jayanya. dan diharapkan semua guru dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan diaplikasikan di dalam bilik darjah bersama murid masing-masing. Dengan ini, perlaksanaaan Bengkel Abad Ke-21 berjaya mencapai matlamatnya.