Kursus Kepimpinan Pelajar 2017 : Melahirkan Pemimpin Pelajar Yang Hebat

Kursus Kepimpinan Pelajar (Great Leader) telah diadakan pada 14 Januari 2017 dan dikhususkan kepada Ahli Lembaga Pengawas Sekolah di bawah seliaan Cik Nurbaitee binti Hamzah. Objektif utama kursus ini adalah untuk untuk menerapkan sifat kepimpianan dan daya yakin diri dalam kelangan peserta dalam usaha melahirkan seorang pengawas yang dedikasi dan cemerlang dalam melahirkan tugas. Pengawas diharapkan menonjolkan diri sebagai suri teladan kepada semua murid.

Kuraua berlangsung selama 1 hari  Majlis bermula dengan kehadiran dan pendaftaran peserta pada pukul 8.00 pagi diikuti dengan majlis perasmian kursus yang disempurnakan oleh Tuan Pengetuan SJIKL. Kursus diteruskan dengan ceramah dan bengkel   Pelbagai modul kepimpinan diterapkan sepanjang 1 hari kursus berlangsung. Antaranya ialah I Am Transpormer, The Touch Akaun Sayang, Kemahiran Kepimpinan, dan lain-lain  yang disampaikan oleh penceramah jemputan khas. Kursus berjalan dengan lancar dan tamat pada pukul 5.00 petang.