IRO WORLD CHAMPIONSHIP MENGIKTIRAF JOHANNIAN SEBAGAI ANTARA YANG TERBAIK DI DUNIA (3)

Seramai 63 pasukan daripada 13 negara yang mengambil bahagian dan yang amat membanggakan adalah St John’s Institution memenangi pingat gangsa dalam pertandingan IRO kategori kreatif.Ini adalah kali ketiga pasukan St. John’s Institution menyertai pertandingan IROC Peringkat Antarabangsa.

Tiga orang wakil pelajar dari St. John’Institution yang menyertai  International Robotics Olympiad (IROC) 2016 di Beijing, China pada 14-19 Disember 2016 ialah Chan Kai Xiang dari Tingkatan 4J, Syamalan A/L Ravi dari Tingkatan 2K dan Raimy Aiman bin Rahimy Affendy dari Tingkatan 1N.

Pertandingan ini mampu mencungkil bakat dari segi rekacipta, robotic dan programming pelajar-pelajar sekolah menengah. Ia juga dapat mengasah pelbagai kemahiran dari segi komitmen, kemahiran berfikir secara kreatif dan memastikan persembahan projek berjalan lancar. Di samping itu pertandingan ini bagus kerana menggalakkan pelajar-pelajar menghasilkan inovasi dan rekacipta baru yang selari dengan arus permodenan kini.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada para peserta dan guru pengiring yang terlibat iaitu Puan Rismawati Bt. Ismail di atas usaha dan kerja keras mereka.