DARI MEJA PENTADBIR

 

 

TUAN PENGETUA 

ENCIK MANMOHAN SINGH A/L KARTAR SINGH 

Saya berusaha menjadikan St.John's Institution sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik di Kuala Lumpur yang serba lengkap dengan fasiliti pembelajaran yang terkini dan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran bentuk baru berteraskan pembelajaran Abad Ke-21 yang mencambahkan Kemahiran Befikir Aras Tinggi. 

ucapan penuh Pengetua sila klik di sini 

 

 

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 

PUAN NURHANIM BINTI KHALILI

 Unit Akademik SJI berusaha meningkatkan prestasi akademik ke tahap yang terbaik di Kuala Lumpur dengan menyediakan pendidikan yang berkualiti melalui warga pendidik yang komited, berdedikasi dan penyayang. Natijahnya, kita mampu melahirkan murid yang berdaya saing, kreatif dan inovatif, asertif dan berwawasan serta mempunyai nilai tambah dan nilai pasaran yang tinggi

 

 

PENOLONG KANAN HEM

ENCIK MAZLAN BIN SHARIFF

Unit HEM mempunyai azam dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dalam aspek sahsiah dan ketrampilan.  Justeru itu, matlamat dan objektif Pengurusan HEM dalam bidang kebajikan, keselamatan, kesihatan dan disiplin murid sentiasa diberi perhatian  supaya berada pada tahap yang baik, di landasan yang betul, profesional dan berkualiti.